Friday 14 December 2018

2018

Dah lama rasanya tak update blog sebab makin busy. So harini nak cerita pasal my life during 2018. Tak banyak benda berlaku but boleh kata 2018 adalah tahun paling busy bagi aku sebab tahun ni lah tahun aku masuk Matrikulasi. Kat mana ? Rahsia. Duduk sini sumpah kau rasa macam kena kurung pun ada. Aku pelajar program satu tahun dan baru habis sem 1. Baru habis ? Tak juga sebab dah sebulan aku masuk sem 2. Dan aku dah tahu aku punya pointer PSPM sem 1. Tak hebat but ok lah. Aku still boleh teruskan sem 2 so aku bersyukur gila. Aku fikir apa yang aku dapat tu based dengan usaha aku yang tak semengah, So, go on and try hard dekat sem ni pulak en. Past is past. Jadikan pengajaran tak gitu ?

Sepanjang aku kat sini aku belajar banyak benda. First, jangan buat benda last minute even study ! Serious, sepanjang pengalaman aku kat sini, aku rasa matriks ni ok lah. Tak susah if semuanya kau prepare awal awal. Sem 1 aku ? Aku buat perangai last minute ni lah aku punya pointer dapat cukup cukup makan. Dah bila masuk sem 2, baru lah nak ada kesedaran. Assignment buat awal, siapkan apa yang patut jangan tangguh, study setiap kali habis class. Harap lah usaha aku ni kekal hingga habis sem. Bukan matriks je yang lain pun. Semua kena prepare awal kalau tak padah. Sis ada kawan diploma course architecture, sebab buat last minute semuanya jadi kelam kabut. Drawing kena koyak dengan lect whatever ? Drawing hasil kerja keras kena koyak macam tu je. Sakit rasa dia. So, jangan lah buat kerja last minute. Bagi adik adik yang baru habis spm tu, jangan ingat dah freedom sekolah tu best tau. Think wise nak masuk mana. Dilpoma ke stpm ke matriks ke semua kena ada usaha. Bagi yang bijak masuk lah asasi kan ? Cuma kalau usaha setakat hangat hangat taik ayam je jangan mimpi lah nak score setiap sem :)

Second, kawan. So kita start dengan yang paling aku akan ingat sekali. ROOMMATE ! Roommate aku cemana ? Best yang paling penting memasing masuk air juga. Dalam bilik ada tiga orang termasuk aku. Sepatutnya empat tapi entah lah lagi sorang tak pernah wujud so aku anggap memang bilik aku ni dah diletak tiga orang. Roommate aku ni jenis entah lah. Aku cerita satu satu k ? First, Nabilah. Aku selalu penggil dia Bila kekadang Abil. Dia ni perangai set set adik aku. Anak ke-4. Dia punya manja. Sakit otak aku kekadang. Bila dia merengek masyaallah. Aku pula jenis tak boleh dengar orang merengek aku jadi pening kepala. Terus aku pakai tudung teman dia buat apa yang dia nak. Dia ni perangai macam aku. Kalau aku dengan dia mula lah mencarut memasing sebab roommate aku yang lagi satu tu jenis sopan bebaik gitu. So, kitaorang mencarut time berdua je. Gaduh ? Hari hari. Ha nampak tak perangai tak matang kitaorang. Kejap awak kita kejap aku kau. Papepun still sayang. Yang kedua, yang paling behave atara kitorang, Azlina. Kitorang panggil dia Ina. Actually nama panggilan kitaorang tak tetap ya. Suka hati lah nak panggil apa asalkan keluar bunyi nama ha gitu. Ina ni baik. Apa tah nasib dia dapat roomate macam kitaorang ni an. Tapi kalau datang dia punya hyper, aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia jenis lembut je, tak mencarut. Sebab tu Bila kalau gaduh je dengan aku, tak sampai hati katanya kalau dengan Ina. Act aku pun sama. Kitaorang cute an :p ahahahhahahaha.
Sorry guysss. gambar ni juga aku ambik. The selekeh of us. Masa ni kat cafe so memang selekeh gila pakaian.

Ni masa baru habis kelas so yang tengah Ina, Yang depan Abil. Dan yang last sekali tu aku. Baru balik class muka cam hem. 

Second classmate. Bila cerita pasal classmate mestilah macam maca perangai an. Dari yang lelaki sampai lah yang perempuan. Semuanya aku akan ingat. Bila fikir balik kenapa hidup kat matriks ni sekejap sangat. Rasa macam baru baru nak kenal dengan orang tapi dah nak habis. Tapi, bila fikir lagi nak cepat habis kalau boleh sebab penat dah kat sini. So, entahlah. Amat keling ya. Classmate aku ada 18 orang termasuk aku. Lupa nak cakap au ambil modul 2 dekat matriks. So, tak ada BIO !Lelaki 10 orang perempuan. Sikit je tak ramai. Nak cerita satu satu cam malas en. Cuma aku boleh describe overall. Diaorang pandai. Alhamdulillah semua boleh sambung sem 2. Tak ada yang keluar. So, aku selitkan gambar je lah ya. 

Ni lah classmate sis. Yang paling tinggi kat tengah itu lah aku. Kan aku dah kata aku tinggi :p

Ni boys. Sorang lagi entah lah hilang kemana. Sejujurnya aku tak tahu cara diorang ambik gambar guane. Tengok tu ? Kemana mana je semua. 


NI GIRLS MD3. Lawa kan memasing ? 



Ni geng tengok wayang. Lagi tiga asing. Sebab ? Nak prepare birthday party si tudung pink tu. Tudung aku ditup angin so macam tu je lah. Tak ada yang proper.

 Ni lagi tiga. Lawa an ? Tak macam aku, kentang hangus :(

Yang ni yang full sebelum tengok wayang. Memasing lapar ha gitu lah mukanya.

Ni yang paling rapat dengan aku dalam kelas. Najwa, Syaf. So the selekeh of us,

vs

 The ayu of us. 

So, aku stop dulu sampai sini. Aku ada kerja. Jumpa lagi :)