Friday 17 April 2020

2019


Assalamualaikum guys, ya aku tahu dah 2020 tapi tu lah aku baru rasa nak update blog sekarang. So, aku nak cerita about my life in year 2019.

Tahun ni lah aku tamat pengajian di matriks. Sedih ? Of course, tapi no regret. Sebab aku dapat kumpul happy memories sebanyak yang boleh. Dengan roommate, classmate. Seriously, its fun. Siapa SPM 2019 yang nak masuk matriks tu masuklah. Tak payah fikir susah, sebab tak susah cuma wjib rajin je. Tak rajin sorry lah. Sis PST ya. Satu tahun, jadual full tu memang lah, penat sikit tapi Insyaallah korang okay je. Since sekarang 2020, yes aku dah dapat result. PNGK atas 3. Bukan nak riak, cuma nak tunjuk, even busy pun korang still boleh kill it. Aku bukan manusia buku, kalau tengok aku punya update kat 2018 punya page korang boleh nampak lah even busy aku still boleh keluar tengok wayang, gelak gelak, cuma korang kena pandai bahagi masa. Papepun goodluck ! Serious masuk matriks best gila.

Aku tak sambung degree, sebab aku rasa aku nak sambung lambat sikit. So, aku decide nak sambung tahun 2020 ni tapi entah lah macam mana tangguh atau tak tempoh pengajian sebab ye lah musim Covid-19. #Stay-at-home jangan degil nak keluar. Aku spent 2019 aku aku dengan kerja pastu berhenti. Kenapa berhenti ? Aku tak tahan dengan mulut makcik bawang. Aku ni hati halus kena kutuk sikit koyak, nangis. Tak buat salah pun kena kutuk :( Biasalah kan kilang. 

Lepas berhenti, aku kerja lah kat kedai ayah aku. Tapi tu lah musim covid ni. Kedai kena tutup, kitaorang buat deli je. So aku menganggur. Tak ada kerja. Baru nak kumpul duit buat sambung study tahun ni haih. Bukan rezeki. Tak apa. Allah ada. Rezeki kat mana mana.

Aku senanya tengah isi upu tapi aku bosan penat fikir nak masuk course apa. So, aku teringat blog aku yang terbengkalai ni aku update lah jap. 2019 aku tak ada interesting pun. Aku nak upload gambar classmate aku tapi semua kat laptop, laptop rosak. Kat phone tak ada sebab dah tukar phone :'( 

Tu je lah untuk hari ni sebab tak ada benda nak cerita. Ramadhan pun nak dekat. Selamat berpuasa. Semoga korang selamat, dan virus corona cepat ditangani. Bye :*


Friday 14 December 2018

2018

Dah lama rasanya tak update blog sebab makin busy. So harini nak cerita pasal my life during 2018. Tak banyak benda berlaku but boleh kata 2018 adalah tahun paling busy bagi aku sebab tahun ni lah tahun aku masuk Matrikulasi. Kat mana ? Rahsia. Duduk sini sumpah kau rasa macam kena kurung pun ada. Aku pelajar program satu tahun dan baru habis sem 1. Baru habis ? Tak juga sebab dah sebulan aku masuk sem 2. Dan aku dah tahu aku punya pointer PSPM sem 1. Tak hebat but ok lah. Aku still boleh teruskan sem 2 so aku bersyukur gila. Aku fikir apa yang aku dapat tu based dengan usaha aku yang tak semengah, So, go on and try hard dekat sem ni pulak en. Past is past. Jadikan pengajaran tak gitu ?

Sepanjang aku kat sini aku belajar banyak benda. First, jangan buat benda last minute even study ! Serious, sepanjang pengalaman aku kat sini, aku rasa matriks ni ok lah. Tak susah if semuanya kau prepare awal awal. Sem 1 aku ? Aku buat perangai last minute ni lah aku punya pointer dapat cukup cukup makan. Dah bila masuk sem 2, baru lah nak ada kesedaran. Assignment buat awal, siapkan apa yang patut jangan tangguh, study setiap kali habis class. Harap lah usaha aku ni kekal hingga habis sem. Bukan matriks je yang lain pun. Semua kena prepare awal kalau tak padah. Sis ada kawan diploma course architecture, sebab buat last minute semuanya jadi kelam kabut. Drawing kena koyak dengan lect whatever ? Drawing hasil kerja keras kena koyak macam tu je. Sakit rasa dia. So, jangan lah buat kerja last minute. Bagi adik adik yang baru habis spm tu, jangan ingat dah freedom sekolah tu best tau. Think wise nak masuk mana. Dilpoma ke stpm ke matriks ke semua kena ada usaha. Bagi yang bijak masuk lah asasi kan ? Cuma kalau usaha setakat hangat hangat taik ayam je jangan mimpi lah nak score setiap sem :)

Second, kawan. So kita start dengan yang paling aku akan ingat sekali. ROOMMATE ! Roommate aku cemana ? Best yang paling penting memasing masuk air juga. Dalam bilik ada tiga orang termasuk aku. Sepatutnya empat tapi entah lah lagi sorang tak pernah wujud so aku anggap memang bilik aku ni dah diletak tiga orang. Roommate aku ni jenis entah lah. Aku cerita satu satu k ? First, Nabilah. Aku selalu penggil dia Bila kekadang Abil. Dia ni perangai set set adik aku. Anak ke-4. Dia punya manja. Sakit otak aku kekadang. Bila dia merengek masyaallah. Aku pula jenis tak boleh dengar orang merengek aku jadi pening kepala. Terus aku pakai tudung teman dia buat apa yang dia nak. Dia ni perangai macam aku. Kalau aku dengan dia mula lah mencarut memasing sebab roommate aku yang lagi satu tu jenis sopan bebaik gitu. So, kitaorang mencarut time berdua je. Gaduh ? Hari hari. Ha nampak tak perangai tak matang kitaorang. Kejap awak kita kejap aku kau. Papepun still sayang. Yang kedua, yang paling behave atara kitorang, Azlina. Kitorang panggil dia Ina. Actually nama panggilan kitaorang tak tetap ya. Suka hati lah nak panggil apa asalkan keluar bunyi nama ha gitu. Ina ni baik. Apa tah nasib dia dapat roomate macam kitaorang ni an. Tapi kalau datang dia punya hyper, aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia jenis lembut je, tak mencarut. Sebab tu Bila kalau gaduh je dengan aku, tak sampai hati katanya kalau dengan Ina. Act aku pun sama. Kitaorang cute an :p ahahahhahahaha.
Sorry guysss. gambar ni juga aku ambik. The selekeh of us. Masa ni kat cafe so memang selekeh gila pakaian.

Ni masa baru habis kelas so yang tengah Ina, Yang depan Abil. Dan yang last sekali tu aku. Baru balik class muka cam hem. 

Second classmate. Bila cerita pasal classmate mestilah macam maca perangai an. Dari yang lelaki sampai lah yang perempuan. Semuanya aku akan ingat. Bila fikir balik kenapa hidup kat matriks ni sekejap sangat. Rasa macam baru baru nak kenal dengan orang tapi dah nak habis. Tapi, bila fikir lagi nak cepat habis kalau boleh sebab penat dah kat sini. So, entahlah. Amat keling ya. Classmate aku ada 18 orang termasuk aku. Lupa nak cakap au ambil modul 2 dekat matriks. So, tak ada BIO !Lelaki 10 orang perempuan. Sikit je tak ramai. Nak cerita satu satu cam malas en. Cuma aku boleh describe overall. Diaorang pandai. Alhamdulillah semua boleh sambung sem 2. Tak ada yang keluar. So, aku selitkan gambar je lah ya. 

Ni lah classmate sis. Yang paling tinggi kat tengah itu lah aku. Kan aku dah kata aku tinggi :p

Ni boys. Sorang lagi entah lah hilang kemana. Sejujurnya aku tak tahu cara diorang ambik gambar guane. Tengok tu ? Kemana mana je semua. 


NI GIRLS MD3. Lawa kan memasing ? 



Ni geng tengok wayang. Lagi tiga asing. Sebab ? Nak prepare birthday party si tudung pink tu. Tudung aku ditup angin so macam tu je lah. Tak ada yang proper.

 Ni lagi tiga. Lawa an ? Tak macam aku, kentang hangus :(

Yang ni yang full sebelum tengok wayang. Memasing lapar ha gitu lah mukanya.

Ni yang paling rapat dengan aku dalam kelas. Najwa, Syaf. So the selekeh of us,

vs

 The ayu of us. 

So, aku stop dulu sampai sini. Aku ada kerja. Jumpa lagi :)

Saturday 20 February 2016

Me


Hai dan asalamualaikum ,

Setelah sekian lama ... akhirnya diriku update juga blog ni. Setelah diedit (even simple semua warna putih) dan akhirnya diupdate juga. Fuh.. penat! Ceh poyo. Tak ada lah aku edit sikit je tu pun ada gangguan melampau. Act update ni nak cerita pasal i lah huhuhuhu. Tahu lah setiap kali renew blog mesti pasal aku tapi entahlah setiap tahun diri kita berbeza kan ? Hue huehuehue

First ,

Nurul Syafika , umur ikut tahun (maksudnya sekarang 2016 so aku 16. Ado faham ?) , still kat sekolah sama dan ingin berpindah tapi ada masalah lain , sangat tinggi orang nya ya (kenyataan dan kelebihan ni harus dinyatakan [170]),hobi entah ubah ikut mood , cita cita ......  ha ni nak cakap. Cita cita tu benda yang kita nak kan ? So mesti ada banyak kan ? Sukahatilah nak letak apa kan ? Hehehe

Yang pertama sekali cita cita aku nak ada duit sendiri. Sebab duit itu penting sebelum memulakan cita cita kan ? Huhuhuhuhuhuhuhuhu.

Lepas dah ada duit sendiri barulah nak mula macam macam. First nak ada yang macam atas tu. Barang mekap sendiri ! Hua !!!! Tak kesah lah pakai ke tak (act masa sekarang memang tak pakai benda alah tu semua) tapi nak jugak ! Nak jugak ! Nak jugak ! Huaaaaa. Perempuan kan ? Tak kisahlah gedik or tak tetap nak rasa cantik juga kan ? Lelaki tak faham ? Pergi main jauh jauh. Shuh shuh. Huhuhu menawan nya benda alah kat atas tu. Tak pe nanti ada duit sendiri buat koleksi biar boleh jual sekali // evil laugh \\

Yang ni i think hampir semua perempuan nak. SHOPPING ! Huahuahuahua. Kenapa cakap ni sebagai cita cita ? Sekarang still boleh shopping kan ? Adik adik sekalian ... sesungguhnya tak puas tak shopping pakai duit sendiri. Tak dapat nak beli banyak banyak. Takkan nak pakai duit mak ayah sentiasa kan ? Kesian mereka. Hmmmmm. Thats why aku kata ni cita cita selepas berduit. Weeeee. Bayangkan dapat beli apa je kita nak hasil titik peluh sendiri. Berbaloi kan ? Huhuhuhu.


Third sambil cari duit , sambil sambung belajar. Yeah memang penat. Tapi nak kejar cita cita besar kan ? I nak jadi doktor uollllss. Kalau tak dapat nak jadi nurse. Kalau tak dapat nak jadi photographer. Pastu dah habis study baru boleh kerja je. Kita belajar sambil kerja. Cita cita yang baik bukan ? Pastu dah dapat cita cita tu kita bersyukur hasil kerja keras sendiri. Woahh heaven gila ! Lagi lagi dapat jadi doktor best weh gaji besar. Huhuhuhuhu. Insyaallah one day :)

Last sekali i nak travel satu dunia. Huaaaaa ! Tak kisah sorang sorang ke or dengan member asalkan dapat. Best nya. Selfi selfie , tengok benda baru , cipta memori... kam best tu ? Huaaaaa. Cita cita selepas berduit. Kena lah ada duit kan ? Nak tempah flight , hotel , belanja kat sana. Banyak pakai duit tapi kumpul lah. CITA CITA NI WEHH. Mesti ada usaha nak capai kan ?

Rumusannya, (terikut sejarah sebab bosan buat soalan kbat je penat tangan tau *muka sedih muka sedih*)dah habis wahahhahahha. Nak tahu apa lagi pasal diri i kan ? Siapa je yang nak tahu huhuhu. Dah lah poyo je lebih ni T.T Haih lagipun mememang tak reti taip pepanjang ni. Ehh ada lagi pasal apa tu ff yang saya pernah buat dulu dan sekian hormatnya saya cakap saya tak akan sambung lagi. Huhuhu. Sebab saya malas nak buat dah. Macam... entah lah. Member pun cakap arok je -_- . Saya faham perangai mereka sebab memang perangai mereka macam ... tak nak cakap hehehe xp tapi tak apa ai sayang mereka sangat sangat sangat. I still minat kpop macam dulu lagi tapi kurang sikit dah layan seba belajar kan ? Pelik tak ? Orang malas maxam aku belajar ? Jangan tanya ! Masuk form 4 semua makin mencabar. Lagi lagi yang ambil sains tulen macam aku. Sabar je lah. Dengan fizik nya. Ya Allah. Tak kuat. Nak 2015 balik ! So akak sarankan ya bagi adik adik kalau nak ambik aliran biar yang mampu demgan kempuan adik adik ya ? Huhuhu. Tak apa doakan saya agar mampu memikul nya. Sebelum nak blah ni kan nak cerita sikit yang ....... hmmmmm hhahhha tipu je. Merapu lol. Ok dah jauh dah ni. Sekian aku tamatkan je lah ya ?

Ok bye bye ! Asalamualaikum semua.